Masa : 2.10pm hingga 4.50pm
Harga tiket : RM 5.00
Tempat : Pusat Sains Negara, Bukit Kiara Kuala Lumpur
Aktiviti : Lawatan Sambil Belajar
Bagi menyiapkan tugasan subjek Awal Sains, ahli kumpulan saya telah sebulat suara untuk memilih aktiviti lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara. Tujuan lawatan ini adalah untuk mencari maklumat tentang sains dan teknologi dan menjadikannya sumber bahan bantu mengajar dalam rancangan pengajaran kami di dalam bilik darjah nanti. Selain itu, lawatan yang kami jalankan ini juga memberi pengalaman sebenar dan mendedahkan kami kepada sains dan teknologi. Kami juga berpeluang melihat secara dekat bagaimana sesuatu proses sains berlaku sama ada yang membabitkan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan terutamanya di dalam kehidupan manusia.
Gambar ini diambil semasa kami berada di pintu masuk ke akuaria di mana pelbagai jenis ikan di tempatkan. Ikan yang terdapat di dalam akuaria ini adalah ikan dari spesis ikan air tawar.
Saya tertarik kepada seekor ikan yang diberi nama ikan Bandaraya juga dikenali sebagai ikan DBKL atau nama saintifiknya Plecostomos punctatus (suckermouth catfish). Ikan ini berasal daripada keluaraga Loricariidae Menurut pekerja yang bertugas ikan bandaraya adalah spesis ikan yang tidak boleh dimakan kerana sumber makanan bagi hidupan air ini adalah lumut dan bahan kotor yang terdapat di sekitar habitatnya. Menurutnya lagi ikan ini biasanya boleh ditemui di dalam longkang, lumpur atau lopak serta kawasan air seperti sungai yang kotor. Ianya kedengaran pelik dan menjijikkan bukan? Namun, harus kita sedar dan percaya bahawa setiap ciptaan Tuhan itu adalah berbeza dan mempunyai kepentingan terhadap keseimbangan ekosistem dunia. Hal ini kerana Tuhan menciptakan sesuatu makhluk adalah dengan tujuan yang tertentu. Cuba kita lihat dan renungkan aktiviti ikan bandaraya ini. Dengan memakan lumut dan rumpai yang terdapat pada habitatnya sebagai sumber makan. Ikan ini juga membantu membersihkan kawasan sekeliling habitat tersebut contohnya akuaria yang terdapat di dalam Pusat Sains Negara ini.
Kelihatan ikan bandaraya sedang mencuci cermin akurium.
No comments:
Post a Comment