Saturday, November 12, 2011

Kempen 'CINTAILAH SUNGAI KITA'


PELANCARAN KEMPEN

Pada awal Februari 1993, Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Pertanian Malaysia, telah melancarkan Kempen "Cintailah Sungai Kita' di peringkat nasional. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dalam masyarakat mengenai kepentingan sungai dan peranannya terhadap manusia dan organisma yang lain. Selain itu, kempen ini bertujuan untuk memelihara dan melindungi sungai dan persekitarannya daripada terus tercemar. Justeru, pelaksanaan kempen ini adalah berterusan demi kebaikan semua.








           Tiga punca utama pencemar sungai di Malaysia ialah buangan industri terutama industri berasaskan pertanian dan pembuatan, aktiviti penternakan dan buangan domestik. Kajian hidrologi yang telah dijalankan juga telah mengkategorikan tiga punca utama yang mencemarkan sungai di negara ini iaitu sampah sarap,
pencemaran biologi seperti najis binatang yang menyebabkan kemunculan bakteria seperti E.coli dan pencemaran kimia yang terdiri daripada bahan kimia terlarut daripada pencemar fizikal, biologi dan kimia. Kajian menunjukkan bahawa tidak kurang dari 1 juta kilogram buangan sisa di masukkan ke sungai setiap hari akibat daripada kumbahan, industri kelapa sawit dan industri getah (Maheswaran 1982). Kekotoran dan pencemaran sungai di negara ini antara lain berpunca daripada perbuatan golongan yang tidak bertanggungjawab iaitu mereka yang dianggap tidak menitikberatkan kebersihan alam sekitar dan kepentingan masyarakat awam lain yang turut mempunyai hak terhadap sungai tersebut. Selain itu, ia turut disumbangkan oleh minda dan sikap pihak berkuasa dan orang ramai yang kurang mempunyai kesedaran untuk memulihara alam sekitar. Di sana-sini, kita dapat melihat bagaimana sungai dijadikan sebagai tempat pembuangan sampah sarap dan segala sisa kotoran. Sebagai contoh, Sungai Pinang di Georgetown Pulau Pinang. Suatu ketika dahulu, sungai ini membentuk sistem pengangkutan air utama tetapi kini menjadi ‘sungai mati’ setelah kualiti air yang diakui teruk pada 1980-an, kini menjadi semakin teruk disebabkan segala bahan buangan dicampakkan ke situ sebelum mengalir ke laut.
       
             Laporan Kualiti Alam Sekitar 2004 menyebut Sungai Pinang terus kekal sebagai sungai paling kotor dan tercemar sepanjang tahun di Malaysia walaupun sudah sekian banyak program pemulihan sungai itu dilakukan sehinggakan airnya langsung tidak sesuai untuk tujuan minuman. Walaupun kerja-kerja pembersihan Sungai Pinang sepanjang 3.6 kilometer sedang giat dijalankan sehingga hampir mencecah kos RM500 juta, namun sehingga kini masih banyak lagi sampah yang terapung di permukaan sungai, selain kualiti air yang begitu teruk tercemar. Ia berpunca daripada sikap penduduk dan kegiatan industri yang terletak di sepanjang sungai tersebut yang tidak mengendahkan langsung aspek-aspek kebersihan malah menjadi masalah kepada kerja-kerja membersihkan sungai itu. Justeru, walaupun kerja-kerja seperti mengorek lapisan endapan dan perangkap sampah dilakukan, masih terdapat sampah sarap yang terus dibuang ke sungai tersebut. Kita tidak mahu sampai satu takat dan masa nanti, Sungai Pinang akan menerima nasib yang sama dengan Sungai Perangin yang suatu ketika dulu menjadi laluan tongkang tetapi kini hanya sebuah parit di tepi Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) (Utusan Malaysia, 7 Februari 2007).

Haliza Abdul Rahman, Suatu Tinjauan Terhadap Isu Pencemaran Sungai Di Malaysia, 8-9 September
2007, dibentangkan di Persidangan Geografi 2007, anjuran UPSI.

OBJEKTIF KEMPEN

  1. Mewujudkan kesedaran dan menimbulkan keinginan untuk sama-sama memelihara dan mencintai sungai.
  2. Memperkenalkan langkah dan amalan yang mengekalkan keindahan semulajadi sungai.
  3. Memperkayakan pengetahuan dan teknik pengurusan yang efisen bagi sungai dan kawasan tadahan di kalangan agensi industri pembangunan yang terlibat.
  4. Bahagian Kejurutaan Sungai, Ibu Pejabat JPS Malaysia ditubuhkan untuk menyelaras dan memantau perjalanan progrem ini.


Kempen FASA SATU

Antara aktiviti yang dijalankan dan masih diteruskan sejak tahun 1993 ialah:
  • Sungai Angkat
  • Pemerhatian Sungai
  • Pendidikan dan Ceramah
  • Ekspedisi Sungai
  • Pengindahan Sungai


Kempen Fasa II

  • Penubuhan jentera awal jawatankuasa pengurusan sungai(Task Force).
  • Penyediaan inventori sungai bagi mengenalpasti punca-punca
  • pencemaran yang berlaku di kawasan tadahan sungai. 
  • Memperkenalkan undang-undang/akta-akta yang sedia ada bersangkutan air dan sungai kepada pegawai-  pegawai pelaksana 

Penerbitan Brosur
  •   Penanaman pokok-pokok yang sesuai di tebing sungai(1997)
  •   Penciptaan sungai yang kaya dengan alam semulajadi(1997)
  •   ‘Creation of Nature Rich Rivers’(1997)

Penerbitan Buku
  1.   ‘Rivers – Towards The Making of Rivers Rich In Nature’(1996)
  2.   Panduan Rekabentuk Pemandangan dan Lanskap Sungai(1998)

Antara negeri-negeri yang telah melaksanakan Fasa II kempen adalah seperti berikut:

  1.   Perlis
  2.   Kedah
  3.   Pulau Pinang
  4.   Negeri Sembilan
  5.   Melaka
  6.   Selangor

 Kempen Fasa III
Objektif kempen telah diubah seperti berikut iaitu;

  • menanam sikap bertanggungjawab, mewarisi, menyayangi dan menghormati kepentingan memelihara dan memulihara sungai-sungai di kalangan setiap lapisan rakyat jelata.
  • menggalakkan penyertaan yang lebih meluas dan proaktif terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan  sungai-sungai.
  • mendidik segenap lapisan masyarakat mengenai cara-cara bagi memelihara dan memulihara sungai-sungai.

KEPENTINGAN  PROGRAM

  • Kawasan tadahan air.
  • Berpotensi sebagai kawasan rekreasi dan pelancongan. 
  • Satu pelan pengurusan sungai yang  komprehensif dan lengkap adalah diperlukan untuk memastikan keseimbangan pembangunan dengan alam sekitar.                                                                                                                                                    


SKOP PROGRAM

1. Pengurusan Sungai

            Merumus Pelan Pengurusan Sungai yang merangkumi pelan pengurusan dan pembangunan koridor sungai, pelan pengurusan dan pemantauan kawasan tadahan, pelan pembangunan kawasan rekreasi dan pelan pemulihan dan pemeliharaan sungai. Ini termasuklah cadangan rizab atau koridor sungai yang
diperlukan.

                                                                                                                                                                                2. Pelan Pengurusan Persekitaran Sungai

                   Membentuk dan merumuskan pelan persekitaran sungai yang merangkumi aspek pencemaran sungai dengan mengenalpasti dan mengkaji punca pencemaran dari titik punca(point source) dan bukan titik punca(non-point source). Pelan ini juga akan memperkenalkan langkah-langkah pencegahan dan sistem-sistem rawatan bagi mempertingkatkan kualiti air sungai ke tahap yang sesuai untuk kegunaan masyarakat dari segi bekalan domestik dan kemudahan rekreasi sungai.
        
      3. Program Peningkatan Kesedaran Masyarakat
       
                   Pembangunan pesat yang berlaku sejak akhir-akhir ini, secara langsung telah mengugatkan kedudukan sungai. Pusat-pusat penempatan dan berbagai bentuk aktiviti komersial telah tumbuh bagaikan cendawan. Tambahan pula suasana ini diburukkan lagi dengan adanya pembangunan yang tidak terancang dan tidak mematuhi peraturan dan garispanduan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh jabatan dan agensi-agensi kerajaan. Masyarakat sudah mula membelakangkan fungsi dan kepentingan sungai terhadap kehidupan seharian mereka. Berbagai kemusnahan demi kemusnahan telah dilakukan kepada sungai yang mana telah mengakibatkan masalah banjir, penurunan dari segi kualiti air dan bermacam lagi kemusnahan. Oleh itu,satu program kesedaran masyarakat berbentuk pendidikan dan penglibatan masyarakat perlu dirangka agar semangat cintakan kepada penjagaan sungai boleh dipupuk dari masa ke semasa.
       

       Aspek-aspek Perundangan
       
                   Menyemak, mengkaji dan mengubal semula struktur perundangan sediada dan mencadangkan pelaksanaan dan penguatkuasaan satu undang-undang/akta yang menyeluruh mengandungi semua aspek contohnya ‘River Laws’ yang lebih berkesan terhadap pelan pengurusan kawasan tadahan dan kawalan sungai.
       
      Sistem Maklumat Geography(GIS)
       
                   Pelan yang dicadangkan seboleh-bolehnya merangkumi keseluruhan maklumat agar sistem maklumat ini dapat digabungkan kepda sistem Maklumat Lembangan Sungai(RBIS) yang sedia ada di Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS).

       
        Imbuhan atau Insentive
      • mengurangkan kadar caruman perparitan ‘drainage contribution’.membekalkan tong sampah atau memberi khidmat mengangkut sampah domestik bagi kawasan di luar kawasan perbandaran. 
      • menjalankan kerja-kerja pengindahan dan meningkat taraf kemudahan infrastruktur di kampung berkenaan.


      Program Peningkatan Kesedaran 

      Masyarakat
      • Mengujudkan satu Pusat Pengembangan Masyarakat “Community Center’ di mana masyarakat dapat berkumpul, berbincang dan menjalankan aktiviti mengenai program pembangunan sungai di kampung tersebut.
      • Program pembangunan kawasan
      • Menggalakkan program Sungai Angkat
      • Menganjurkan program Ekspedisi Sungai
      • Menjadikan masyarakat sebagai pelapor sekiranya terdapat
      • Sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang

      Pelajar Sekolah
      • Menggalakkan penubuhan Kelab Pencinta Sungai di sekolah yang berhampiran dengan sungai.
      • Mengadakan program pemantauan kualiti air sungai atau program pendidikan ‘riverwatch’ dengan melibatkan pelajar-pelajar dalam teknik pengukuran parameter kualiti air. Dengan cara ini, para pelajar lebih memahami jenis-jenis pecemaran dan kesannya.
      • Berkerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam mengubal dan mengujudkan sukatan mata pelajaran yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar khususnya sungai.
      • Menjalakan lain-lain aktiviti yang berkaitan dari masa ke semasa





      Pada 3 Ogos 2010 (Selasa), Jabatan Pengairan Dan Saliran telah mengadakan Kempen Cintailah Sungai Kita dengan menanam pokok bakau bertempat di Sungai Sepang Kecil, Sepang. Kempen ini diadakan bagi mewujudkan semula populasi pokok bakau di sungai tersebut untuk menjaga keseimbangan ekosistem sungai. Dengan kaedah menanam pokok bakau ini kehidupan dan ekosistem ditebing sungai akan terpelihara khususnya flora dan fauna selain dapat menjalankan aktiviti baik pulih sungai. Sebanyak 100 batang anak pokok bakau ditanam di tebing sungai yang melibatkan semua warga kerja JPS. Kempen ini telah dirasmikan oleh Ir. Nor Hisham Bin Mohd Ghazali Timbalan Pengarah (Pembangunan) JPS Negeri Selangor.




      1 comment:

      1. Harrah's Cherokee Casino & Hotel - Mapyro
        Find Harrah's Cherokee Casino & 광명 출장안마 Hotel (Mapyro). 전라남도 출장안마 Harrah's Cherokee Casino & 화성 출장샵 Hotel, located just 강원도 출장안마 north 김제 출장샵 of Asheville on the Great Smoky Mountains of Western North

        ReplyDelete