Sunday, November 27, 2011

LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA





Tarikh : 23 Oktober 2011
Masa : 2.10pm hingga 4.50pm
Harga tiket : RM 5.00
Tempat : Pusat Sains Negara, Bukit Kiara Kuala Lumpur
Aktiviti : Lawatan Sambil Belajar




Bagi menyiapkan tugasan subjek Awal Sains, ahli kumpulan saya telah sebulat suara untuk memilih aktiviti lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara. Tujuan lawatan ini adalah untuk mencari maklumat tentang sains dan teknologi dan menjadikannya sumber bahan bantu mengajar dalam rancangan pengajaran kami di dalam bilik darjah nanti. Selain itu, lawatan yang kami jalankan ini juga memberi pengalaman sebenar dan mendedahkan kami kepada sains dan teknologi. Kami juga berpeluang melihat secara dekat bagaimana sesuatu proses sains berlaku sama ada yang membabitkan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan terutamanya di dalam kehidupan manusia.



Gambar ini diambil semasa kami berada di pintu masuk ke akuaria di mana pelbagai jenis ikan di tempatkan. Ikan yang terdapat di dalam akuaria ini adalah ikan dari spesis ikan air tawar.



Saya tertarik kepada seekor ikan yang diberi nama ikan Bandaraya juga dikenali sebagai ikan DBKL atau nama saintifiknya Plecostomos punctatus  (suckermouth catfish). Ikan ini berasal daripada keluaraga Loricariidae Menurut pekerja yang bertugas ikan bandaraya adalah spesis ikan yang tidak boleh dimakan kerana sumber makanan bagi hidupan air ini adalah lumut dan bahan kotor yang terdapat di sekitar habitatnya. Menurutnya lagi ikan ini biasanya boleh ditemui  di dalam longkang, lumpur atau lopak serta kawasan air seperti sungai yang kotor. Ianya kedengaran pelik dan menjijikkan bukan? Namun, harus kita sedar dan percaya bahawa setiap ciptaan Tuhan itu adalah berbeza dan mempunyai kepentingan terhadap keseimbangan ekosistem dunia. Hal ini kerana Tuhan menciptakan sesuatu makhluk adalah dengan tujuan yang tertentu. Cuba kita lihat dan renungkan aktiviti ikan bandaraya ini. Dengan memakan lumut dan rumpai yang terdapat pada habitatnya sebagai sumber makan. Ikan ini juga membantu membersihkan kawasan sekeliling habitat tersebut contohnya akuaria yang terdapat di dalam Pusat Sains Negara ini.






Kelihatan ikan bandaraya sedang mencuci cermin akurium.











Alat ini berfungsi seperti kincir angin. Ianya bergerak dengan memijakkan kaki diatas permukaannya.












Replika dinasor yang besar ini boleh kita lihat di kawasan yang berdekatan dengan kawasan pameran eksperimen di tingkat bawah.





Alat ini merupakan sejenis peralatan muzik. Bunyi terhasil apabila tangan digerakkan di dalam kawasan yang berbentuk 'v'. Fungsinya sama seperti gitar atau violin.


Sunday, November 13, 2011

LAPORAN AUDIT LOJI RAWATAN KUMBAHAN KE ATAS PENCEMARAN DI LEMBANGAN SUNGAI LANGAT


PDF Cetak E-mail

Lembangan Sungai Langat meliputi Negeri Selangor, Putrajaya serta sebahagian kecil Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Luas kawasan Lembangan Sungai Langat adalah 200 km panjang dan merupakan sumber air rawatan terpenting bagi penduduk Negeri Sembilan serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan telah diarahkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, bagi menjalankan siasatan dan kajian terperinci bagi kos baik pulih terhadap sistem kumbahan di premis-premis  kerajaan di sepanjang Lembangan Sungai Langat. Tujuan siasatan dan kajian ini dilakukan adalah ekoran daripada penutupan Loji Rawatan Air SYABAS akibat berlakunya pencemaran ammonia di kawasan tadahan air di Sungai Langat oleh loji-loji rawatan kumbahan. 
Banyak aduan yang diterima oleh kementerian berhubung perkara terbabit dan selaras dengan rancangan Malaysia ke-10, satu butiran perlu diadakan untuk peruntukan kes-kes pencemaran yang memerlukan tindakan pemuliharaan segera terhadap loji-loji rawatan kumbahan.
Loji-loji di permis kerajaan yang berhampiran dengan Sungai Langat akan dikenalpasti untuk diperbaiki manakala loji-loji bagi bangunan bukan kerajaan adalah di bawah tanggunjawab pihak SPAN dan IWK. Bahagian Penyelidikan dan Bahagian Mekanikal & Elektrikal JPP telah ditugaskan untuk menjalankan tugasan ini. Dua kumpulan telah ditubuhkan bagi melakukan lawatan di premi-premis kerajaan sekitar Selangor manakala satu lagi kumpulan di Negeri Sembilan.
Pasukan audit jabatan ini, telah pun menjalankan siasatan ke atas loji-loji di premis-premis kerajaan yang berhampiran dengan Sungai Langat iaitu jarak antara premis dengan sungai adalah lebih kurang ½ km. Pasukan audit jabatan telah pun melawati beberapa buah permis kerajaan antaranya:
 Bil Jenis Premis  Jumlah/Buah
1 Balai Polis 11
2 Kolej 3
3 Universiti/ IKBN 3
4 Balai Raya/ Pejabat Daerah/ Pejabat Penghulu/ Majlis Daerah 7
5 Sekolah/ Tadika 34
6 Hospital/ Klinik 10
7 Masjid 8
8 Kuarters 8
9 Jabatan Perkhidmatan Haiwan 1
10 Institusi 1
11 Perpustakaan 4
12 Pejabat Pos 2
13 Balai Bomba 2
14 Dewan 3


Berdasarkan pemerhatian ( visual inspection ) terdapat banyak premis-premis kerajaan yang mana loji atau sistem pembetungan perlu dibaik pulih dalam masa terdekat. Lawatan kali pertama, kedua-dua kumpulan telah melawati sebanyak 108 buah permis kerajaan untuk lawatan kali ke dua secara terperinci iaitu untuk anggaran kos baik pulih, hanya 97 buah permis kerajaan yang telah dilawati oleh para pegawai JPP. Diantara 97 buah permis kerajaan tersebut pelbagai jenis sistem kumbahan yang direkodkan antaranya 16 buah loji mekanikal, 9 buah ’network pumping station’, dan 72 buah yang terdiri daripada ’Communal Septic Tank’ dan ’Individual Septic Tank’.
Hasil daripada lawatan dan mesyuarat yang telah diadakan, pihak jabatan telah memilih beberapa buah jenis loji yang terdiri daripada 4 buah loji EA, 5 buah loji FRP dan 72 buah yang terdiri daripada ’Communal Septic Tank’ dan ’Individual Septic Tank’ untuk dibaik pulih dengan anggaran kos sebanyak RM 3,232,307. Pemulihan loji-loji rawatan kumbahan di permis-permis kerajaan perlu diambil tindakan segera supaya kejadian penutupan Loji Rawatan Air SYABAS tidak berulang.


Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang
 
Kolej Teknologi Timur, Sepang
 
Masjid Al-Salihi

Kempen Cintailah Sungai Kita 2000

PDF Cetak E-mel
Ditulis oleh Administrator   
Rabu, 09 Julai 2008 13:50

Kempen Cintailah Sungai Kita yang dimulakan pada tahun 1993 bertujuan mewujudkan kesedaran betapa pentingnya sungai dalam kehidupan setiap individu serta bagi menimbulkan keinginan untuk memelihara dan mencintai sungai.

Tanggal 10hb November 2000 adalah hari bersejarah bagi wargakerja Jabatan Pengairan dan Saliran , kerana pada julung kalinya YAB Perdana Menteri dapat meluangkan masa untuk hadir dan merasmikan Kempen Cintailah Sungai Kita Peringkat Kebangsaan Tahun 2000.

Ketibaan YAB Pendana Menteri dan isteri disambut oleh YAB Menteri Besar Kedah, YB Menteri Pertanian Malaysia, Ahli-Ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah, Pegawai-pegawai Kanan JPS dan lebih 5,000 orang rakyat.

YAB Perdana Menteri serta dif-dif kehormat kemudianya menyusuri Sungai Kedah menaiki Bahtera Perdana dan diiring oleh perbarisan perahu dan kayak dari Tanjung Chali, Alor Star hingga ke pentas khas di Ampang Jajar di mana upacara perasmian diadakan. Upacara telah disiarkan secara langsung oleh Televisyen Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

YAB Perdana Menteri dalam ucapan perasmiannya telah menekankan tentang perlunya bersyukur kepada Allah atas kurniaan alam yang begitu indah seperti ribuan batang sungai yang terdapat di negara ini. Sungai merupakan khazanah yang tidak ternilai harganya dan perlu dijaga dengan baik. "Seperti kita menjaga kekasih kita, kita perlu menjaga sungai supaya ianya sentiasa nampak bersih dan cantik kerana kita cinta kepada sungai." kata YAB Perdana Menteri. Sungai menjadi kotor kerana manusia tidak sayang kepadanya dan menjadikannya tempat pembuangan sampah dan kotoran. Sudah tibalah masanya setiap individu memainkan peranan yang lebih untuk memelihara sungai.

Semasa Majlis Pelancaran ini, YAB Perdana Menteri telah menerima surat akuan sokongan memelihara dan memulihara sungai daripada segenap lapisan rakyat, pihak swasta dan agensi kerajaan. Penubuhan Kelab Pencinta Sungai di sekolah-sekolah di Negeri Kedah telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.

YAB Perdana Menteri juga telah berkenan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Sungai Angkat Peringkat Kebangsaan. Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan peringkat negeri iaitu pertandingan fotografi dan halaman indah telah disempurnakan YAB Menteri Besar Kedah.

Majlis Pelancaran ini disempurnakan dengan penyampaian cenderahati simbolik sampel-sampel air sungai daripada tujuh (7) kuala sungai di Malaysia oleh YB Meteri Pertanian kepada YAB Perdana Menteri.

Saturday, November 12, 2011

Pemulihan dan pemuliharaan sungai di Korea

Kempen 'CINTAILAH SUNGAI KITA'


PELANCARAN KEMPEN

Pada awal Februari 1993, Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Pertanian Malaysia, telah melancarkan Kempen "Cintailah Sungai Kita' di peringkat nasional. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dalam masyarakat mengenai kepentingan sungai dan peranannya terhadap manusia dan organisma yang lain. Selain itu, kempen ini bertujuan untuk memelihara dan melindungi sungai dan persekitarannya daripada terus tercemar. Justeru, pelaksanaan kempen ini adalah berterusan demi kebaikan semua.








           Tiga punca utama pencemar sungai di Malaysia ialah buangan industri terutama industri berasaskan pertanian dan pembuatan, aktiviti penternakan dan buangan domestik. Kajian hidrologi yang telah dijalankan juga telah mengkategorikan tiga punca utama yang mencemarkan sungai di negara ini iaitu sampah sarap,
pencemaran biologi seperti najis binatang yang menyebabkan kemunculan bakteria seperti E.coli dan pencemaran kimia yang terdiri daripada bahan kimia terlarut daripada pencemar fizikal, biologi dan kimia. Kajian menunjukkan bahawa tidak kurang dari 1 juta kilogram buangan sisa di masukkan ke sungai setiap hari akibat daripada kumbahan, industri kelapa sawit dan industri getah (Maheswaran 1982). Kekotoran dan pencemaran sungai di negara ini antara lain berpunca daripada perbuatan golongan yang tidak bertanggungjawab iaitu mereka yang dianggap tidak menitikberatkan kebersihan alam sekitar dan kepentingan masyarakat awam lain yang turut mempunyai hak terhadap sungai tersebut. Selain itu, ia turut disumbangkan oleh minda dan sikap pihak berkuasa dan orang ramai yang kurang mempunyai kesedaran untuk memulihara alam sekitar. Di sana-sini, kita dapat melihat bagaimana sungai dijadikan sebagai tempat pembuangan sampah sarap dan segala sisa kotoran. Sebagai contoh, Sungai Pinang di Georgetown Pulau Pinang. Suatu ketika dahulu, sungai ini membentuk sistem pengangkutan air utama tetapi kini menjadi ‘sungai mati’ setelah kualiti air yang diakui teruk pada 1980-an, kini menjadi semakin teruk disebabkan segala bahan buangan dicampakkan ke situ sebelum mengalir ke laut.
       
             Laporan Kualiti Alam Sekitar 2004 menyebut Sungai Pinang terus kekal sebagai sungai paling kotor dan tercemar sepanjang tahun di Malaysia walaupun sudah sekian banyak program pemulihan sungai itu dilakukan sehinggakan airnya langsung tidak sesuai untuk tujuan minuman. Walaupun kerja-kerja pembersihan Sungai Pinang sepanjang 3.6 kilometer sedang giat dijalankan sehingga hampir mencecah kos RM500 juta, namun sehingga kini masih banyak lagi sampah yang terapung di permukaan sungai, selain kualiti air yang begitu teruk tercemar. Ia berpunca daripada sikap penduduk dan kegiatan industri yang terletak di sepanjang sungai tersebut yang tidak mengendahkan langsung aspek-aspek kebersihan malah menjadi masalah kepada kerja-kerja membersihkan sungai itu. Justeru, walaupun kerja-kerja seperti mengorek lapisan endapan dan perangkap sampah dilakukan, masih terdapat sampah sarap yang terus dibuang ke sungai tersebut. Kita tidak mahu sampai satu takat dan masa nanti, Sungai Pinang akan menerima nasib yang sama dengan Sungai Perangin yang suatu ketika dulu menjadi laluan tongkang tetapi kini hanya sebuah parit di tepi Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) (Utusan Malaysia, 7 Februari 2007).

Haliza Abdul Rahman, Suatu Tinjauan Terhadap Isu Pencemaran Sungai Di Malaysia, 8-9 September
2007, dibentangkan di Persidangan Geografi 2007, anjuran UPSI.

OBJEKTIF KEMPEN

  1. Mewujudkan kesedaran dan menimbulkan keinginan untuk sama-sama memelihara dan mencintai sungai.
  2. Memperkenalkan langkah dan amalan yang mengekalkan keindahan semulajadi sungai.
  3. Memperkayakan pengetahuan dan teknik pengurusan yang efisen bagi sungai dan kawasan tadahan di kalangan agensi industri pembangunan yang terlibat.
  4. Bahagian Kejurutaan Sungai, Ibu Pejabat JPS Malaysia ditubuhkan untuk menyelaras dan memantau perjalanan progrem ini.


Kempen FASA SATU

Antara aktiviti yang dijalankan dan masih diteruskan sejak tahun 1993 ialah:
  • Sungai Angkat
  • Pemerhatian Sungai
  • Pendidikan dan Ceramah
  • Ekspedisi Sungai
  • Pengindahan Sungai


Kempen Fasa II

  • Penubuhan jentera awal jawatankuasa pengurusan sungai(Task Force).
  • Penyediaan inventori sungai bagi mengenalpasti punca-punca
  • pencemaran yang berlaku di kawasan tadahan sungai. 
  • Memperkenalkan undang-undang/akta-akta yang sedia ada bersangkutan air dan sungai kepada pegawai-  pegawai pelaksana 

Penerbitan Brosur
  •   Penanaman pokok-pokok yang sesuai di tebing sungai(1997)
  •   Penciptaan sungai yang kaya dengan alam semulajadi(1997)
  •   ‘Creation of Nature Rich Rivers’(1997)

Penerbitan Buku
  1.   ‘Rivers – Towards The Making of Rivers Rich In Nature’(1996)
  2.   Panduan Rekabentuk Pemandangan dan Lanskap Sungai(1998)

Antara negeri-negeri yang telah melaksanakan Fasa II kempen adalah seperti berikut:

  1.   Perlis
  2.   Kedah
  3.   Pulau Pinang
  4.   Negeri Sembilan
  5.   Melaka
  6.   Selangor

 Kempen Fasa III
Objektif kempen telah diubah seperti berikut iaitu;

  • menanam sikap bertanggungjawab, mewarisi, menyayangi dan menghormati kepentingan memelihara dan memulihara sungai-sungai di kalangan setiap lapisan rakyat jelata.
  • menggalakkan penyertaan yang lebih meluas dan proaktif terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan  sungai-sungai.
  • mendidik segenap lapisan masyarakat mengenai cara-cara bagi memelihara dan memulihara sungai-sungai.

KEPENTINGAN  PROGRAM

  • Kawasan tadahan air.
  • Berpotensi sebagai kawasan rekreasi dan pelancongan. 
  • Satu pelan pengurusan sungai yang  komprehensif dan lengkap adalah diperlukan untuk memastikan keseimbangan pembangunan dengan alam sekitar.                                                                                                                                                    


SKOP PROGRAM

1. Pengurusan Sungai

            Merumus Pelan Pengurusan Sungai yang merangkumi pelan pengurusan dan pembangunan koridor sungai, pelan pengurusan dan pemantauan kawasan tadahan, pelan pembangunan kawasan rekreasi dan pelan pemulihan dan pemeliharaan sungai. Ini termasuklah cadangan rizab atau koridor sungai yang
diperlukan.

                                                                                                                                                                                2. Pelan Pengurusan Persekitaran Sungai

                   Membentuk dan merumuskan pelan persekitaran sungai yang merangkumi aspek pencemaran sungai dengan mengenalpasti dan mengkaji punca pencemaran dari titik punca(point source) dan bukan titik punca(non-point source). Pelan ini juga akan memperkenalkan langkah-langkah pencegahan dan sistem-sistem rawatan bagi mempertingkatkan kualiti air sungai ke tahap yang sesuai untuk kegunaan masyarakat dari segi bekalan domestik dan kemudahan rekreasi sungai.
        
      3. Program Peningkatan Kesedaran Masyarakat
       
                   Pembangunan pesat yang berlaku sejak akhir-akhir ini, secara langsung telah mengugatkan kedudukan sungai. Pusat-pusat penempatan dan berbagai bentuk aktiviti komersial telah tumbuh bagaikan cendawan. Tambahan pula suasana ini diburukkan lagi dengan adanya pembangunan yang tidak terancang dan tidak mematuhi peraturan dan garispanduan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh jabatan dan agensi-agensi kerajaan. Masyarakat sudah mula membelakangkan fungsi dan kepentingan sungai terhadap kehidupan seharian mereka. Berbagai kemusnahan demi kemusnahan telah dilakukan kepada sungai yang mana telah mengakibatkan masalah banjir, penurunan dari segi kualiti air dan bermacam lagi kemusnahan. Oleh itu,satu program kesedaran masyarakat berbentuk pendidikan dan penglibatan masyarakat perlu dirangka agar semangat cintakan kepada penjagaan sungai boleh dipupuk dari masa ke semasa.
       

       Aspek-aspek Perundangan
       
                   Menyemak, mengkaji dan mengubal semula struktur perundangan sediada dan mencadangkan pelaksanaan dan penguatkuasaan satu undang-undang/akta yang menyeluruh mengandungi semua aspek contohnya ‘River Laws’ yang lebih berkesan terhadap pelan pengurusan kawasan tadahan dan kawalan sungai.
       
      Sistem Maklumat Geography(GIS)
       
                   Pelan yang dicadangkan seboleh-bolehnya merangkumi keseluruhan maklumat agar sistem maklumat ini dapat digabungkan kepda sistem Maklumat Lembangan Sungai(RBIS) yang sedia ada di Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS).

       
        Imbuhan atau Insentive
      • mengurangkan kadar caruman perparitan ‘drainage contribution’.membekalkan tong sampah atau memberi khidmat mengangkut sampah domestik bagi kawasan di luar kawasan perbandaran. 
      • menjalankan kerja-kerja pengindahan dan meningkat taraf kemudahan infrastruktur di kampung berkenaan.


      Program Peningkatan Kesedaran 

      Masyarakat
      • Mengujudkan satu Pusat Pengembangan Masyarakat “Community Center’ di mana masyarakat dapat berkumpul, berbincang dan menjalankan aktiviti mengenai program pembangunan sungai di kampung tersebut.
      • Program pembangunan kawasan
      • Menggalakkan program Sungai Angkat
      • Menganjurkan program Ekspedisi Sungai
      • Menjadikan masyarakat sebagai pelapor sekiranya terdapat
      • Sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang

      Pelajar Sekolah
      • Menggalakkan penubuhan Kelab Pencinta Sungai di sekolah yang berhampiran dengan sungai.
      • Mengadakan program pemantauan kualiti air sungai atau program pendidikan ‘riverwatch’ dengan melibatkan pelajar-pelajar dalam teknik pengukuran parameter kualiti air. Dengan cara ini, para pelajar lebih memahami jenis-jenis pecemaran dan kesannya.
      • Berkerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam mengubal dan mengujudkan sukatan mata pelajaran yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar khususnya sungai.
      • Menjalakan lain-lain aktiviti yang berkaitan dari masa ke semasa





      Pada 3 Ogos 2010 (Selasa), Jabatan Pengairan Dan Saliran telah mengadakan Kempen Cintailah Sungai Kita dengan menanam pokok bakau bertempat di Sungai Sepang Kecil, Sepang. Kempen ini diadakan bagi mewujudkan semula populasi pokok bakau di sungai tersebut untuk menjaga keseimbangan ekosistem sungai. Dengan kaedah menanam pokok bakau ini kehidupan dan ekosistem ditebing sungai akan terpelihara khususnya flora dan fauna selain dapat menjalankan aktiviti baik pulih sungai. Sebanyak 100 batang anak pokok bakau ditanam di tebing sungai yang melibatkan semua warga kerja JPS. Kempen ini telah dirasmikan oleh Ir. Nor Hisham Bin Mohd Ghazali Timbalan Pengarah (Pembangunan) JPS Negeri Selangor.




      http://www.slideshare.net/manishmichael/thirst-save-water-8427499?from=share_email