Adakah biji benih memerlukan cahaya untuk mula tumbuh? Kamu boleh mengetahuinya dengan mencuba mencambahkan biji benih di tempat yang gelap di rumah.
Bahan Diperlukan
• Kacang hijau
• Penutup balang/ piring
• Tuala kertas/ tisu/ kapas
• Air
• Cawan/ mangkuk gelap
Cara-caranya
• Basahkan tuala kertas/ tisu/ kapas dengan air dan letakkan di dalam penutup balang
• Taburkan biji kacang di atasnya
• Tutup biji kacang supaya tidak terkena cahaya. Letak di tempat yang panas.
• Periksa biji benih setiap hari untuk melihat samada air perlu ditambah. Tuala kertas/ kapas hendaklah dipastikan sentiasa lembap)
Hasilnya
• Hari 1 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan
• Hari 2 : Benih kacang mula cambah
• Hari 3 : Semua benih kacang telah mula tumbuh daun dan akar
• Hari 4 : Semua benih kacang tumbuh dengan sempurna
• Hari 5 : Daun benih kacang yang tumbuh dan menyentuh permukaan penutup mangkuk
menjadi layu kerana matahari yang tidak cukup. Namun, setelah penutup dibuka dan terdedah pada cahaya matahari daun benih kacang menjadi segar semula.
• Untuk terus membesar, benih kacang menggunakan udara yang terperangkap dalam mangkuk gelap. Walaupun tanpa cahaya benih kacang dapat tumbuh kerana menggunakan udara yang terperangkap untuk terus hidup sehingga kandungan udara habis. Namun , daun yang kelihatan layu akibat terperangkap di bawah tempat yang gelap,kembali menjadi segar apabila penutup mangkuk dibuka pada hari ke lima eksperimen dijalankan. Hal ini kerana benih kacang tersebut telah mendapat cahaya yang cukup. Justeru, cahaya merupakan antara agen yang penting dalam membantu tumbesaran tumbuhan selain udara dan air.